Saturday, January 23, 2010

Kuih Dadar/Gulung

Salam sejahtera semuanya. Hari ini saya buat kuih yg paling mudah tetapi enak bila di makan. Rasanya ramai yang dah tahu membuat kuih yg mudah ini. Saya sekadar nak berkongsi resepi dan rasanya dah lama betul saya tak makan/membuat kuih ini.Ini adalah kerana sukar untuk mendapatkan kelapa parut di perantauan ini.

Semalam saya pergi Vietnam market. Di situ terdapat barang2 dari asia,tetapi kebanyakkannya frozen. Contoh seperti kelapa parut,ubi parut,serai kisar,daun pandan dan daun pisang. Syukur alhamdulillah bertemu juga dngn barang2 yg di perlukan.....daripada tak ada...terkenang je kampung halaman..Oklah tak perlu berceloteh lagi mari kita lihat bahan2 yg di perlukan utk membuat kuih dadar ni..




Bahan-bahan.
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk pandan paste + beberapa titik pewarna hijau
  • 2 cwn air
  • 1 cwn susu segar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak utk oles pada kuali/non stick pan
  • utk inti
  • 200gm kelapa kering @ 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
  • 3 sb gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit air

Cara-cara

  1. untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa kering @ kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Gaul tepung,susu segar,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails